Sunday 27 September 2009

Oh,negeriku..

Kalau dihitung dicongak,rasa-rasanya sudah hampir sebulan lebih saya tidak pulang ke kampung halaman,negeri kesayangan,Kelantan Darul Naim.. Alhamdulillah,ALLAH izinkan saya untuk pulang berhari raya bersama keluarga tercinta dan saya selamat sampai ke sana pada pagi jumaat yang lepas. Memanglah,tidak dinafikan nak dekat raya ni, jalan agak jam tapi alhamdulillah, tidak seteruk cuti raya yang lepas.
Selalunya kalau bertolak dari stesen Putra lepas isya',sebelum subuh sudah sampai ke rumah, yang mengambil masa kira-kira 8 jam perjalanan.Tetapi pada hari tersebut, saya sampai ke rumah lebih kurang pukul 9 pagi.Tapi tidak kisahlah asalkan selamat sampai dan dapat berjumpa keluarga tercinta.
Sehari sebelum hari raya, Abah dan Umi membawa kami 8 beradik untuk membeli-belah di Kota Bharu.Sebenarnya kalau diikutkan tidak perlu untuk membawa kesemua kami,tetapi Abah kata sudah lama kami sekeluarga tidak keluar bersama..Jadi Abah mengambil peluang ini sambil membawa kami melawat wajah baru Kota Bharu.
Setibanya di pusat bandar,subhanallah..banyak sungguh perubahan yang berlaku.Ada dua buah pusat membeli belah yang baru dibuka di pusat bandar iaitu GIANT dan PARKSON. Jalan- jalan baru juga dibuka sehinggakan saya pun tidak ingat macam mana jalannya sebelum ini.Sesak sungguh jalan pada hari itu. Hati saya gembira dan tenang setiap kali pulang ke kampung halaman.
Di perjalanan,saya terlihat ada papan iklan yang baru.Tenang sungguh iklan yang ditunjukkan.Seorang ibu yang berpakaian solat sedang tekun mengajar dua orang anaknya yang masih kecil mengaji Al-Quran,sambil diperhatikan oleh bayinya yang meniarap di sisi ibu tersebut.Mesej yang ingin disampaikan ialah usaha kerajaan negeri untuk melahirkan generasi Al-Quran.Papan iklan kedua pula kelihatan seorang ayah dan ibu bersama-sama anak-anak mereka menuju ke masjid. Subhanallah..banyak sungguh perubahan yang berlaku selama sebulan lebih saya di perantauan. Entah apa lagi perubahan positif yang akan berlaku apabila saya pulang semula ke Kelantan.Saya sayangkan kepimpinan Ulama'.Saya sukakan "islamic environment" seperti ini.Amat tidak benarlah jika ada suara yang mengatakan Kelantan di bawah pemerintahan golongan agama tidak maju,mundur dan miskin.Malah, sudah banyak pembangunan dan pembaharuan yang telah dilakukan semenjak pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz. Selepas selesai membeli barang keperluan,Abah mengajak kami solat zuhur di masjid yang agak tidak jauh dari pusat bandar,dikhuatiri lewat sampai ke rumah disebabkan jalan raya yang agak sesak.


















No comments:

Post a Comment