Friday 18 February 2011

Mereka..first lady

Bismillahirrahmanirrahim..


Baru-baru ini saya sempat membelek 1 akhbar dan terbaca satu artikel menarik mengenai "first lady" yang "terkenal" di beberapa buah negara.

Antaranya Leila Trabelsi,Farah Diba,Imelda Marcos,Elena Ceasescu yang merupakan isteri-isteri kepada para pemimpin kuku besi atau diktator di beberapa buah negara.Persamaan di antara mereka semua ialah gaya hidup mereka yang terlampau mewah, keegoaan mereka mencampuri urusan pentadbiran negara yang akhirnya membawa kepada kebangkitan rakyat menuntut keadilan.

Kisah 1 : Leila Trabelsi


Wanita ini merupakan isteri kepada presiden Tunisia,Zine el-abidin Ben Ali. Seperti yang kita maklum,setelah 23 tahun rakyat menderita di bawah pemerintahan kuku besi presiden ini, akhirnya dia berjaya digulingkan dengan kebangkitan rakyat mengadakan revolusi. Bersama-sama isteri “tercinta”, presiden Ben Ali ini melarikan diri ke luar negara. Leila merupakan wanita yang melampau-lampau mewahnya, sedangkan rakyat hidup merempat.Faktor inilah yang menyebabkan kerajaan ben Ali tumbang.

Kisah 2 : Farah Diba

Merupakan isteri kepada Shah Iran,Mohd Reza Pahlavi.Merupakan wanita yang tidak kurang hebat borosnya. Semasa zaman penabalannya sebagai permaisuri Iran moden tahun 1967, Farah Diba telah membelanjakan US$ 10 juta! Farah seorang peminat seni dan Farah mempunyai ramai pekerja untuk menjayakan pelbagai program keseniaan kegemarannya. Tidak kiralah berapa jumlahnya,asalkan keinginannya tercapai. Dek kerana sikap pemboros Farah lah,rakyat hidup merana. Jika ada rakyat yang menunjukkan rasa tidak puas hati dan bangkit menentang dengan apa yang berlaku, rakyat tersebut akan diseksa oleh perisik Savak.

Oleh sebab sudah tidak tahan lagi dengan diktator shah Iran itu, akhirnya pada tahun 1979, rakyat bangkit dengan revolusi Iran di bawah pimpinan Ayatollah Khoemini. Akhirnya, shah Iran dan Farah Diba serta seluruh keluarga dirajanya telah berjaya diusir dan kedua2 nya menjadi pelarian di beberapa buah negara.

Kisah 3 : Imelda Marcos

Merupakan isteri kepada presiden Filipina, Ferdinand Marcos. Menjadi wanita pertama negara Filipina sejak tahun 1965-1986.Imelda memang terkenal sebagai seorang yang suka mencampuri urusan negara. Buktinya, Imelda menjadi ahli parlimen bagi kawasan Filipina, menteri pembinaan insan dan ambassador plenipotentiary and extraordinary sejak tahun 1978-1986,iaitu selama 21 tahun!

kawan-kawan,

Imelda juga sama dengan Farah dan Leila,mewah dalam berbelanja.Dengan menggunakan duit rakyat, Imelda telah ber'shopping" sakan di New York,Copenhagen,Rome sebanyak US $5 juta!

Imelda juga telah membeli hartanah di Manhattan sebanyak US $60 juta dengan menggunakan duit rakyat.

Sikapnya itu telah dikritik oleh rakyat.Tapi..apa yang Imelda jawab??

“oh, itu adalah tugas saya untuk “memotivasikan” golongan miskin.”
Dijawabnya dengan berselamba dan rasa tidak bersalah.

Akhirnya rakyat bangkit menentang kerajaan Marcos. Apa yang mengejutkan, didapati tersimpan 2700 pasang koleksi kasut mewah Imelda di istana peninggalannya. Dahsyat!

Kisah 4 : Elena Ceasescu

Wanita ini merupakan isteri diktator romania, Nikolai Ceasescu. Wanita ini juga sama dengan Imelda, sibuk mencampuri urusan negara. Bezanya,Elena tidaklah seboros Imelda dalam berbelanja. Elena memegang beberapa jawatan penting negara. Elena pernah memegang jawatan TPM pertama tahun 1980,manakala suaminya PM ketika itu. Apabila suami isteri berkuasa,hak rakyat dinafikan.Rakyat tertindas.Yang kaya,makin kaya.Yang miskin,bertmbahlah miskinnya.Itulah prinsip komunisma.

Akhirnya rakyat tidak tahan lagi.Rakyat bangkit dengan mengadakan revolusi pada tahun 1989. Pasangan Ceasescu ditangkap dan dhukum mati.

***************************************************

Begitulah cerita dan tentang wanita pertama (first lady)..

"wanita..selangkah dirimu melangkah,seribu fitnah mendatang."

Ayat peringatan di atas saya dapat ketika berada dalam program minggu taaruf ketika belajar di sekolah maahad muhammadi (P).Simple tetapi mempunyai makna yang mendalam.

wanita,

kita hanya penasihat,bukan nakhoda kepada "bahtera" yang dikemudi.

~Allahua'lam~