Saturday 26 December 2009

Nota buat adik..

“kakak, ‘ammar sedu lah...” rungut adik saya sambil meminta saya menghilangkan sedu tersebut dengan menggunakan cara saya.
“cara kakak? hurm..meh sini kakak buat.”
“nanti ‘ammar ambik sudu.”
Cara saya menghilangkan sedu adalah dengan meletakkan sudu besi di atas lidah, dan alhamdulillah berkesan.Sebenarnya cara tersebut diajar oleh seorang pensyarah ketika saya berada di tahun dua pengajian.
“Erb.” ammar tersedu lagi.
“Alamak. Tak jadi lah ammar..” tersenyum ‘ammar mendengar kata-kata kakaknya selepas beberapa kali saya mencuba menggunakan konon-kononya”cara saya” itu.
Emm..takpelah kakak. Kita guna cara ‘ammar pulak.”
“cara ‘ammar?”

“Em,gini..” ‘ammar mula menunjukkan caranya itu sambil menuangkan air kosong ke dalam gelas.
“Mula-mula kita tahan nafas dan lepas tu kita minum air...”
Apa yang mengejutkan saya, cara adik saya yang berkesan!Dengan izin ALLAH sedunya pun hilang.
“Hehe..” ‘ammar suka sangat tersengih. Mentang-mentanglah cara dia berkesan.
Mana ‘ammar belajar nih?”
“Ammar tahu dari cerita kartun jimmy neutron...shean kata. “jimmy, kita kena minum air sambil tahan nafas kita. Jimmy pun kata; shean..itu cara untuk hilangkan sedu, bukan sendawa..” Ini dialog dari cerita kartun itu yang dilakonkan semula oleh adik saya untuk menjelaskan dari mana dia dapat idea untuk hilangkan sedu. Ops.Adik saya yang seorang ini memang peminat cerita kartun habis-habisan hinggakan boleh melakonkan semula kartun dengan menghafal skrip kartun tersebut.
Tak sangka adik saya boleh belajar sesuatu dari cerita kartun kegemaran mereka. Biasalah budak-budak, kalau tiada kerja sekolah yang perlu disiapkan, apa lagi,cerita kartun lah yang menjadi kegemaran mereka.

“Mari bertaranum tak habih lagi?bukan minggu lepas dah tamat ke episod dia?”.Saya bertanya adik-adik saya.
“yang ni lagu baru pulak..lagu Jiharkah. Yang lepas tu dah habih dah lagu Sikah..” adik saya, Syakir cuba menjelaskan pada kakaknya ini yang sememangnya tidak tahu apa-apa pun pasal taranum ni.Sungguh mendukacitakan..
“Ooo..Jiharkah..”saya mengangguk tanda faham walaupun hakikatnya saya pun tidak tahu macam mana hendak melagukan Al-Quran dengan lagu tersebut. Hanya tahu nama lagu sahaja.

Adik-adikku...
dikau permata hatiku
pelukanmu,gelakmu dan telatahmu
menjadi pengubat rindu
kadang-kadang suara ini ditinggikan di hadapanmu
bukan bermaksud kakak tidak menyayangimu
kerana kakak sayang dan kasih kamu
kakak agak tegas
dan mungkin bagimu garang
supaya dirimu lebih berjaya dari kakak
supaya dirimu lebih berakhlak
doaku hanya yang terbaik
menjadi asbab kebahagiaan umi dan abah
dan yang paling penting
hamba yang soleh dan muslih
di mataNYA..

Friday 18 December 2009

Obstetric-menarik..

Alhmdulillah..sudah 3 minggu saya berada di Temerloh untuk posting obstetric ini.Biasanya kalau obstetric digandingkan dengan gynecology(perbidanan dan sakit puan) tetapi di USIM, posting gynecology akan dibuat pada final year nanti(6th year).

Pengalaman yang menarik berada di posting ini ialah ketika di dewan bersalin(labour room). excited sangat sebab tidak sabar untuk menyambut kelahiran "orang baru" bagi sesebuah keluarga itu..menyambut bayi yang comel-comel..sungguh comel..kami perlu untuk menyambut kelahiran sekurang-kurangnya 15 kelahiran normal,iaitu tidak menggunakan vacuum atau forceps(lagipun,instrumental deliveries seperti vacuum dan forceps hanya doktor sahaja yang boleh lakukan)
Target saya ialah satu kes sehari dan alhamdulillah tercapai.Walaupun tidak perform sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya berpeluang untuk memegang kepala bayi dan memotong tali pusat.Pengalaman yang amat bermakna apabila melihat seorang demi seorang hamba ALLAH yang suci dari dosa "keluar" dari rahim seorang ibu.

Untuk conduct deliveries, saya perlu menjaga bermula dari mereka dimasukkan ke dewan bersalin disebabkan ada tanda-tanda untuk bersalin seperti pecah air ketuban(rupture of membrane),"jalan" dah buka 4cm (opening of os) dan lain-lain.Saya perlu timing contraction of the uterus dalam masa 10 minit untuk setiap setengah jam.Lagi kuat contraction,lagi sakit mereka rasa sebab bayi dalam kandungan itu sudah makin "turun" dari rahim (uterus) ibu.Makin ke bawah bayi tersebut,seseorang wanita itu akan berasa hendak terkencing dan buang air besar disebabkan bayi itu menekan pundi kencing dan salur keluar najis (rectum).

Seseorang wanita itu dikatakan bersedia untuk bersalin apabila "jalan" sudah fully open iaitu 10cm.Secara teorinya bukaan itu 1cm setiap 1 jam tetapi ada wanita yang cepat bukaannya dan ada juga yang lambat.Pernah saya menunggu hampir 10 jam sebelum mereka bersalin.Kebiasaanya kalau mereka sudah bersedia untuk bersalin,mereka akan kata; sakit macam nak teran, macam nak buang air besar.Penat sudah semestinya dan hampir kecewa apabila pesakit yang kita jaga,hampir-hampir dilistkan untuk pembedahan caesarean(caesarean section).Tetapi apa lah sangat kalau hendak dibandingkan dengan kesabaran dan kesakitan yang mereka tanggung sebelum dan semasa bersalin.Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu itu..

Selama berada di dewan bersalin,pelbagai situasi dapat dilihat.Hari pertama di dewan bersalin bermula dan berakhir dengan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.Menyaksikan kepayahan seorang wanita yang bakal bergelar ibu untuk kali pertama dan kesungguhan seorang suami memberi sokongan kepada isterinya,dan kerjasama staff nurse dan jururawat masyarakat dalam menyambut kelahiran bayi tersebut.
"isteri abang boleh..sayang teran betul-betul..haa..bagus isteri abang.."itu antara bait kata yang diucapkan oleh suami tersebut sambil menyokong kepala isterinya semasa hendak meneran.Saya tersenyum apabila ada yang memuji suami wanita tersebut;"bagus suami dia."

hurm..suami saya pun macam tu ke nanti?insyaALLAH..nakal sungguh suara hati ini.
Dalam kes lain, ada juga suami yang tidak tahan dengan darah selepas bayi telah dilahirkan.Tidak boleh kita salahkan mereka.Kesabaran mereka menanti isteri tersayang untuk beberapa jam(lebih-lebih lagi kandungan pertama yang hampir berbelas jam) di dalam dewan bersalin sudah boleh dipuji.Sabar sungguh hati lelaki tersebut.
Air mata seorang isteri dan kegembiraan seorang suami menyambut kelahiran "ahli baru" cukup menyenangkan saya.Ditambah lagi dengan tangisan bayi yang berada di dunia baru baginya.
Dari sehari ke sehari,saya sudah beberapa kali bergelar seorang makcik setelah menyambut kelahiran bayi-bayi comel itu..ye lah,beza umur saya dengan bayi-bayi tersebut sudah 22 tahun,nak bahasakan "kakak" macam muda lah pula rasanya.."jangan nangis ye baby..makcik nak lapkan badan sikit.."


Diriwayatkan oleh abu hurairah,Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:"setiap anak dilahirkan dalam keadaaan fitrah(tidak mempersekutukan ALLAH)terpulang kepada ibu bapanya untuk menjadikannya yahudi,nasrani dan majusi..."