Sunday 21 June 2009

Penghargaan Buat Umi..

Semalam, 20 jun adalah ulangtahun kelahiran Umi yang tersayang...selamat hari lahir Umi..
semoga Umi bahagia selalu dan sentiasa dirahmati ALLAH..kakak sayang Umi..
Teringat pula lirik lagu kumpulan Hijjaz yang berjudul "belaian ibu".Lebih kurang macam ni lah lirik lagu nya:
(perkataan "ibu" ditukar kepada "umi"..)

tertanam naluri keibuan
amat mendalam
di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
oh umi
di bahumu tergalas beban
perjalananmu penuh rintangan
kau titipkan kasih sayang
sejujur pengorbanan
tak ku nafikan

di saat kita berjauhan
rasa ingin ku berlari
mendakapi mu penuh erat
masih kecil kehilangan
kau insan penyayang
betapa ku merindu
lembutnya belaian umi
membuatku terlena
ku pastikan dikau aman
dikurnia sejahtera
takku lupakan
di wajahmu berolak tenang
sebak di dada kau rahsiakan
ku pastikan dikau aman
dikurnia sejahtera
takkan ku lupakan

di saat kita berjauhan
rasa ingin ku berlari
mendakapi mu penuh erat
masih kecil kehilangan
tiada aku tanpa umi
hanya kau satu di dunia
bertakhta dikau di jiwaku
kaulah umi yang tercinta

kau insan pengasih
betapaku mengharap
hadirnya restu mu umi
membawaku ke syurga

bersemi belaian kasih sayang
berpanjangan
darimu insan yang mendoakan kebahagiaan
anak-anakmu
oh umi...


Saturday 20 June 2009

You have to be confident…

Hari ini hari sabtu, ada bed side teaching kat hospital. Bed side teaching (BST) diadakan di katil pesakit. Terpulanglah pada doktor yang handle BST tersebut samada ingin menunjukkan on how to do physical examination atau meminta student sendiri yang menunjukkannya. Student juga akan present case pesakit depan kumpulan kecil surgical ini.

Lebih kurang pukul 12 tengah hari saya ke wad 5C, tanya nurse kat situ, ada apa-apa procedure yang hendak dibuat. Alhamdulillah..nurse kata sebentar lagi nak buat venepunture atau ambil darah. Untuk venepunture syringe, needle, heparin, tourniquet, glove, alcohol swab diperlukan.

Saya diberi peluang oleh seorang HO berbangsa cina untuk buat venepunture tu pada seorang makcik. Semua bahan sudah ada berhampiran dengan saya. Sebelum itu kena cuba “rasa” dulu vein (jenis salur darah) yang agak “timbul” dengan menggunakan hujung jari sebab pada bahagian hujung itu yang sensitif.

Ok.Saya dah dapat rasa bulging of the vein at cubital fossa. Makcik tu agak berisi sedikit, jadi agak susah sedikit untuk mencari vein tersebut. Apabila tourniquet diikat pada lengan dan alcohol swab disapu pada tempat tersebut, tiba-tiba vein yang saya rasa tadi seolah-olah hilang! Saya rasa tidak yakin untuk meneruskan injection tersebut, takut tersalah inject,nanti akan menyakitkan makcik tu. Dulu, pernah buat venepunture tapi pada manikin (patung manusia) sahaja. Cucuk banyak kali pun tak rasa sakit. Tak bernyawa kan. Ini manusia..
HO itu pun bersuara: “you have to feel the bulging of the vein because you yang nak inject dia lepas ni.”
“yes, I already felt it, tapi macam dah tak rasa”

HO tadi pun menambah lagi: “you have to be confident...
Akhirnya HO tu yang buat venepunture dengan yakinnya dan saya yang memerhati cara beliau buat. Terlepas peluang ku kali ini..

Memang tidak dapat dinafikan, keyakinan diri perlu ada dalam diri setiap indvidu, tidak kira dari sudut gerak kerja atau percakapan kita. Seandainya kita yakin dalam menyampaikan sesuatu, orang yang mendengar pun akan rasa yakin dan selesa dengan kita. Macam mana hendak bina keyakinan diri dalam diri? Melalui pengalaman, apa yang saya dapat katakan ialah kita harus berani untuk bertanya. No such “stupid question.” Jangan malu untuk bertanya, kerana malu bertanya lah yang akan menyumbang kepada lack of confidence,low self esteem etc..Kita yang bertanggungjawab pada diri kita sendiri samada ingin berjaya atau tidak.

Sewaktu mengikuti kuliah pelajar perubatan di University of Mansoura ketika lawatan sambil belajar ke sana, saya kagum dengan pelajar arab di sana. Mereka tidak malu untuk bertanya. Tangan selalu diangkat untuk bertanya walaupun benda itu senang pada pandangan orang lain, kerana semangat belajar mereka sungguh tinggi. Berlumba-lumba untuk bertanya. Pensyarah mereka pun tidak marah atau mengeluh pada mereka yang banyak bertanya, bahkan mereka akan menerangkan sesuatu topik dengan bersungguh-sungguh sehinggalah pelajar mereka faham sesuatu topik tersebut. Betul-betul memberi kesan.

Oleh itu,
let us build our confidence!


Friday 19 June 2009

My Hospi Friend

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni (18 Jun) banyak kes baru masuk kat wad 5C Hospital Ampang ni. Seperti biasa,melibatkan kes yang agak common di Malaysia seperti acute appendicitis, gallstone.Tapi ada juga kes yang baru yang saya jumpa setakat posting saya kat sini seperti papilloma at the scalp.
Selalunya, lebih kurang pukul 8.30 pagi kami akan ada ward round bersama specialists, medical officers (MO) dan house officers (HO). Untuk ward round, kami akan bergerak dari katil ke katil pesakit surgery, HO dan MO akan present kes yang mereka handle di depan specialists. Macam-macam lah yang dibincangkan waktu tu. Ada yang saya faham, ada yang tak. Seperti biasa, kenalah buka buku..even dah jadi doktor nanti pun, masih kena rujuk buku juga. Tapi pagi ni, kami tidak perlu ikut ward round tersebut sebab kami ada kelas dengan Mr.Zamrin, cardiothoracic surgeon.em..kenapa Mr.ye?Sebenarnya,Mr adalah gelaran untuk pakar bedah bagi lelaki manakala Ms pula panggilan untuk pakar bedah wanita. Itu adalah sistem dari British..
Pagi ni ada seorang pesakit dari wad hematologi (berkaitan dengan darah) ditempatkan di wad 5C. Comel orangnya. Putih wajahnya tapi agak pucat, mungkin sebab pucat tu lah yang membuatkan wajahnya agak putih, mungkin. Hajat di hati nak berkenalan dengannya,tambahan pula umurnya sama dengan saya,22 tahun tapi mungkin sekejap lagi sebab saya ada tugas yang perlu dselesaikan; clerk patient yang baru masuk semalam.
Pagi ni saya sempat clerk patient yang di suspect acute appendicitis iaitu keradangan apendik.Antara symtoms untuk acute appendicitis ialah sakit di bahagian bawah sebelah kanan dekat pinggang (right iliac fossa pain),sakit di sekitar pusat (paraumbilical pain), muntah, cirit birit dan demam. Biasanya golongan sasaran ialah remaja dan dewasa
(middle aged group).
Lepas tu, saya pun menghampiri pesakit di katil 1 wad 5C tadi. Nampak je saya hendak mendekatinya,
senyuman dilemparkan kepada saya. Maka bermulalah sesi “taaruf” di antara kami.
“Saya dah boleh discharge dah hari ni..saya dari wad hemato..datang wad ni sebab katil kat atas tak cukup..ada kes emergency semalam.”dia memulakan bicara.
“Ooh..sakit apa..?
”Hodgkin Lymphoma”
”oo..hodgkin lymphoma..”
”datang dengan sape?”
”Datang dengan mak.”
”Oo.datang dengan mak..sambil mata melirik ke arah seorang makcik sebelah dengan katilnya.
”ni lah mak saya..”
”Ye ke..”
”Kenapa?macam grandmother ye?”
”Aah..”
”em, dah agak dah..biasalah. saya anak bongsu..”
jelas beliau
.
“fazilah ye..umur 22 tahun..?”
saya meneruskan perbualan kami.

“Aah..umur awak?”
”Saya pun 22 tahun juga..”
”Praktikal kat ini ke?”
”Aah ..”
sambil tersenyum ke arahnya. Ceria orangnya.
”awak study lagi ke?”
”eh, dah habis dah.dulu saya study kat polytech..”
”oh, tengah pratikal lah ni..
”taklah.dah kerja dah..”

”ohh..em..tentang penyakit ni, ada tak demam-demam sebelum masuk hospital ni..?
saya bertanya symtoms untuk penyakit tersebut.
”aah..demam..pastu berpeluh-peluh sampai basah tilam.”
”batuk darah lagi..”
sambil tersenyum ke arah saya. Memang bibirnya sentiasa tersenyum ke arah saya.
”semalam saya buat chemo..lepas ni ada 15 kali chemo lagi..”
”Yang ni yang ke berapa?”
”Baru yang pertama..”
”Ooo..kesiannya..sabar ye.Fazilah, muka awak macam kawan saya.”
“Oh, ye ke..tadi nurse cina tu cakap cina dengan saya. Saya cakap apa tu..saya tak faham..lepas tu nurse sorang lagi cakap tu melayulah..”
sambil tergelak kecil menceritakannya
.
“Hurm, oklah fazilah. Nanti kita sembang lagi ye”
“Ok..”

Petang tu, saya jumpa balik fazilah, waktu tu beliau tengah mengisi satu borang.
“fazilah..”
“hai..”
“Saya nak ambil nombor telefon awak boleh?
“boleh..”
Kami pun saling bertukar nombor telefon supaya perkenalan kami tidak terputus setakat ini sahaja.
Sebelum fazilah pulang ke rumah, saya sempat membelikan hadiah untuk beliau sebagai tanda persahabatan kami. Semoga beliau tabah menghadapi hari-hari yang sukar.

Apa yang saya ingin saya sampaikan melalui cerita saya ini?
Sebenarnya medan dakwah seorang doktor amat luas sekiranya mereka sedar bahawa tugas mereka bukan sahaja hanya merawat fizikal,malah spiritual juga.
“success is not a destiny but it is a journey” kata- kata Mr.Zamrin sebelum mengakhiri kelas beliau. Jelas beliau lagi: “jadi doktor ni bukan lah matlamat akhir kita. Tapi ia sebagai wasilah.." Apa yang saya dapat simpulkan ialah cita-cita untuk menjadi doktor ini adalah sebagai satu wasilah untuk menyampaikan dakwah kita, dan bukanlah hidup kita semata-mata untuk bergelar seorang doktor perubatan.Niat harus betul!Matlamat hidup kita yang sebenarnya adalah untuk mendapatkan keredhaan ALLAH.
Menyebarkan dakwah islamiyyah ini bukanlah tanggungjawab ustaz ustazah sahaja malah setiap individu muslim itu adalah daei (pendakwah) seandainya mereka sedar akan tanggungjawab perlunya dakwah islamiyyah disampaikan.
Contohilah bagaimana Rasulullah s.a.w menyeru dan mengajak umat manusia kepada ALLAH seperti memandang wajah mad’u dengan pandangan kasih, bukan pandangan yang kita sedang menilai mad’u tersebut; tanpa mengambil kira latar belakang hidup mereka, cara mereka berpakaian dan sebagainya. Rasulullah s.a.w sentiasa bersabar dan tetap terus berdakwah tanpa berputus asa. Bahkan Rasulullah s.a.w berdoa untuk umatnya walaupun dakwah Baginda ditolak.
“Wahai Tuhanku! Berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengerti”

Sentiasa sebarkan dakwah selagi kita masih bernafas di muka bumi ALLAH ini.
Firman ALLAH yang bermaksud: “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada ALLAH, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)

Bagaimanakah cara untuk berdakwah dengan cara berhikmah dan “bersistematik”?
Dalam buku karangan Mustafa Masyhur berkenaan tentang marhalah dakwah fardiah (dakwah individu). Bagi yang berminat untuk mengetahuinya, bolehlah mendapatkan buku tesebut.
Di dalam cerita saya di atas, saya telah mempraktikkan marhalah dakwah fardiah yang pertama iaitu:

1. Mewujudkan hubungan dan perkenalan dengan mad’u (ta’aruf).

Mustafa Masyhur menulis dalam bukunya (yang telah diterjemahkan):
Di marhalah ini, anda hendaklah benar-benar merasakan kepada dirinya bahawa nada mengambil berat tentang dirinya dan bertanya khabar apabila dia tidak ada dan lain-lain. Ketika itu anda tidak membincangkan apa-apa tajuk mengenai dakwah sehingga hatinya benar-benar terbuka dan bersedia untuk memahami apa yang anda perkatakan mengenai dakwah dan mengambil pengajaran daripadanya.

Penerimaannya terhadap dakwah yang anda kemukakan adalah berkadar dengan kejayaan anda memberikan perhatian dan memenangi hatinya di marhalah ini. Sebarang percubaan untuk berbincang mengenai apa-apa tajuk dakwah sebelum malalui marhalah ini mungkin akan menjadi faktor penolakannya. Marhalah ini mungkin memakan masa beberapa minggu.

Kadang-kadang dalam usaha kita meyebarkan dakwah, mereka tidak mahu menerimanya. Justeru, kita kena yakin dan percaya yang hati itu milik ALLAH. ALLAH yang Maha Kuasa untuk memberikan hidayah pada hambaNYA yang DIA kehendaki. Maka, kita perlu sentiasa berdoa kepada ALLAH, moga-moga ALLAH membuka hatinya untuk menerima dakwah kita.
Firman ALLAH yang bermaksud:
apabila hambaku bertanya tentangku maka katakan bahawa sesungguhnya aku ini dekat (dengan mereka).
Semoga ALLAH menilai setiap usaha kita untuk menegakkan agama ALLAH di muka bumi ini.
"jangan ditanya apa sumbangan Islam kepadamu, tetapi tanyalah imanmu apa yang telah engkau sumbangkan untuk Islam"





Tuesday 16 June 2009

Bahaya Perkataan "kalau"

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلي الله عليه وسلم المؤمن القوي خير و أحب الى الله من المؤمن الضعيف وفي كل خير أحرص علي ما ينفعك واستعن بالله ولا تعجز وان أصابك شيء فلا تقل لو أني كان كذا و كذا ولكن قل قدر الله وما شاء فعل فان لو تفتح عمل الشيطان

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

Monday 15 June 2009

Kenapa saya pilih blog?

Saya bukanlah orang yang kaya dengan ilmu, idea,bukan juga orang seni yang pandai bermain kata-kata. Sudah lama sebenarnya saya memikirkan,"adakah perlu blog diwujudkan?apa objektif nak buat blog?sebab kawan buat, kita pun nak buat ke?apa niat aku sebenarnya?kalau nak buat,nanti nak post pasal apa? istiqamah tak nanti?"itulah antara perkara yang berlegar-legar di ruang minda ini.Suatu hari yang dulu, saya menerima satu pesanan ringkas dari seorang sahabat,waktu itu saya tengah cuti semester,kalau saya tak silap.Beliau cakap:"kadang-kadang pengalaman hidup kita, boleh dijadikan contoh teladan atau pengajaran kepada sahabat kita yang lain." Setelah berfikir panjang, saya tekad untuk berblog supaya blog ini menjadi medium dakwah,bersesuaian dengan era sekarang.Tambahan pula,saya rasa dengan menulis juga kita boleh menajamkan minda kita.Memandangkan saya sekarang berada di clinical year,sekurang-kurangnya pengalaman ketika berurusan dengan pesakit dan mereka di dalamnya(hospital) menjadi perkongsian buat saudara sekalian.Moga yang bermanfaat dijadikan ikutan, yang tidak tu jadikanlah pengajaran dalam kehidupan saudara sekalian.sekian,untuk muqaddimah..