Friday 19 June 2009

My Hospi Friend

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni (18 Jun) banyak kes baru masuk kat wad 5C Hospital Ampang ni. Seperti biasa,melibatkan kes yang agak common di Malaysia seperti acute appendicitis, gallstone.Tapi ada juga kes yang baru yang saya jumpa setakat posting saya kat sini seperti papilloma at the scalp.
Selalunya, lebih kurang pukul 8.30 pagi kami akan ada ward round bersama specialists, medical officers (MO) dan house officers (HO). Untuk ward round, kami akan bergerak dari katil ke katil pesakit surgery, HO dan MO akan present kes yang mereka handle di depan specialists. Macam-macam lah yang dibincangkan waktu tu. Ada yang saya faham, ada yang tak. Seperti biasa, kenalah buka buku..even dah jadi doktor nanti pun, masih kena rujuk buku juga. Tapi pagi ni, kami tidak perlu ikut ward round tersebut sebab kami ada kelas dengan Mr.Zamrin, cardiothoracic surgeon.em..kenapa Mr.ye?Sebenarnya,Mr adalah gelaran untuk pakar bedah bagi lelaki manakala Ms pula panggilan untuk pakar bedah wanita. Itu adalah sistem dari British..
Pagi ni ada seorang pesakit dari wad hematologi (berkaitan dengan darah) ditempatkan di wad 5C. Comel orangnya. Putih wajahnya tapi agak pucat, mungkin sebab pucat tu lah yang membuatkan wajahnya agak putih, mungkin. Hajat di hati nak berkenalan dengannya,tambahan pula umurnya sama dengan saya,22 tahun tapi mungkin sekejap lagi sebab saya ada tugas yang perlu dselesaikan; clerk patient yang baru masuk semalam.
Pagi ni saya sempat clerk patient yang di suspect acute appendicitis iaitu keradangan apendik.Antara symtoms untuk acute appendicitis ialah sakit di bahagian bawah sebelah kanan dekat pinggang (right iliac fossa pain),sakit di sekitar pusat (paraumbilical pain), muntah, cirit birit dan demam. Biasanya golongan sasaran ialah remaja dan dewasa
(middle aged group).
Lepas tu, saya pun menghampiri pesakit di katil 1 wad 5C tadi. Nampak je saya hendak mendekatinya,
senyuman dilemparkan kepada saya. Maka bermulalah sesi “taaruf” di antara kami.
“Saya dah boleh discharge dah hari ni..saya dari wad hemato..datang wad ni sebab katil kat atas tak cukup..ada kes emergency semalam.”dia memulakan bicara.
“Ooh..sakit apa..?
”Hodgkin Lymphoma”
”oo..hodgkin lymphoma..”
”datang dengan sape?”
”Datang dengan mak.”
”Oo.datang dengan mak..sambil mata melirik ke arah seorang makcik sebelah dengan katilnya.
”ni lah mak saya..”
”Ye ke..”
”Kenapa?macam grandmother ye?”
”Aah..”
”em, dah agak dah..biasalah. saya anak bongsu..”
jelas beliau
.
“fazilah ye..umur 22 tahun..?”
saya meneruskan perbualan kami.

“Aah..umur awak?”
”Saya pun 22 tahun juga..”
”Praktikal kat ini ke?”
”Aah ..”
sambil tersenyum ke arahnya. Ceria orangnya.
”awak study lagi ke?”
”eh, dah habis dah.dulu saya study kat polytech..”
”oh, tengah pratikal lah ni..
”taklah.dah kerja dah..”

”ohh..em..tentang penyakit ni, ada tak demam-demam sebelum masuk hospital ni..?
saya bertanya symtoms untuk penyakit tersebut.
”aah..demam..pastu berpeluh-peluh sampai basah tilam.”
”batuk darah lagi..”
sambil tersenyum ke arah saya. Memang bibirnya sentiasa tersenyum ke arah saya.
”semalam saya buat chemo..lepas ni ada 15 kali chemo lagi..”
”Yang ni yang ke berapa?”
”Baru yang pertama..”
”Ooo..kesiannya..sabar ye.Fazilah, muka awak macam kawan saya.”
“Oh, ye ke..tadi nurse cina tu cakap cina dengan saya. Saya cakap apa tu..saya tak faham..lepas tu nurse sorang lagi cakap tu melayulah..”
sambil tergelak kecil menceritakannya
.
“Hurm, oklah fazilah. Nanti kita sembang lagi ye”
“Ok..”

Petang tu, saya jumpa balik fazilah, waktu tu beliau tengah mengisi satu borang.
“fazilah..”
“hai..”
“Saya nak ambil nombor telefon awak boleh?
“boleh..”
Kami pun saling bertukar nombor telefon supaya perkenalan kami tidak terputus setakat ini sahaja.
Sebelum fazilah pulang ke rumah, saya sempat membelikan hadiah untuk beliau sebagai tanda persahabatan kami. Semoga beliau tabah menghadapi hari-hari yang sukar.

Apa yang saya ingin saya sampaikan melalui cerita saya ini?
Sebenarnya medan dakwah seorang doktor amat luas sekiranya mereka sedar bahawa tugas mereka bukan sahaja hanya merawat fizikal,malah spiritual juga.
“success is not a destiny but it is a journey” kata- kata Mr.Zamrin sebelum mengakhiri kelas beliau. Jelas beliau lagi: “jadi doktor ni bukan lah matlamat akhir kita. Tapi ia sebagai wasilah.." Apa yang saya dapat simpulkan ialah cita-cita untuk menjadi doktor ini adalah sebagai satu wasilah untuk menyampaikan dakwah kita, dan bukanlah hidup kita semata-mata untuk bergelar seorang doktor perubatan.Niat harus betul!Matlamat hidup kita yang sebenarnya adalah untuk mendapatkan keredhaan ALLAH.
Menyebarkan dakwah islamiyyah ini bukanlah tanggungjawab ustaz ustazah sahaja malah setiap individu muslim itu adalah daei (pendakwah) seandainya mereka sedar akan tanggungjawab perlunya dakwah islamiyyah disampaikan.
Contohilah bagaimana Rasulullah s.a.w menyeru dan mengajak umat manusia kepada ALLAH seperti memandang wajah mad’u dengan pandangan kasih, bukan pandangan yang kita sedang menilai mad’u tersebut; tanpa mengambil kira latar belakang hidup mereka, cara mereka berpakaian dan sebagainya. Rasulullah s.a.w sentiasa bersabar dan tetap terus berdakwah tanpa berputus asa. Bahkan Rasulullah s.a.w berdoa untuk umatnya walaupun dakwah Baginda ditolak.
“Wahai Tuhanku! Berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengerti”

Sentiasa sebarkan dakwah selagi kita masih bernafas di muka bumi ALLAH ini.
Firman ALLAH yang bermaksud: “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada ALLAH, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)

Bagaimanakah cara untuk berdakwah dengan cara berhikmah dan “bersistematik”?
Dalam buku karangan Mustafa Masyhur berkenaan tentang marhalah dakwah fardiah (dakwah individu). Bagi yang berminat untuk mengetahuinya, bolehlah mendapatkan buku tesebut.
Di dalam cerita saya di atas, saya telah mempraktikkan marhalah dakwah fardiah yang pertama iaitu:

1. Mewujudkan hubungan dan perkenalan dengan mad’u (ta’aruf).

Mustafa Masyhur menulis dalam bukunya (yang telah diterjemahkan):
Di marhalah ini, anda hendaklah benar-benar merasakan kepada dirinya bahawa nada mengambil berat tentang dirinya dan bertanya khabar apabila dia tidak ada dan lain-lain. Ketika itu anda tidak membincangkan apa-apa tajuk mengenai dakwah sehingga hatinya benar-benar terbuka dan bersedia untuk memahami apa yang anda perkatakan mengenai dakwah dan mengambil pengajaran daripadanya.

Penerimaannya terhadap dakwah yang anda kemukakan adalah berkadar dengan kejayaan anda memberikan perhatian dan memenangi hatinya di marhalah ini. Sebarang percubaan untuk berbincang mengenai apa-apa tajuk dakwah sebelum malalui marhalah ini mungkin akan menjadi faktor penolakannya. Marhalah ini mungkin memakan masa beberapa minggu.

Kadang-kadang dalam usaha kita meyebarkan dakwah, mereka tidak mahu menerimanya. Justeru, kita kena yakin dan percaya yang hati itu milik ALLAH. ALLAH yang Maha Kuasa untuk memberikan hidayah pada hambaNYA yang DIA kehendaki. Maka, kita perlu sentiasa berdoa kepada ALLAH, moga-moga ALLAH membuka hatinya untuk menerima dakwah kita.
Firman ALLAH yang bermaksud:
apabila hambaku bertanya tentangku maka katakan bahawa sesungguhnya aku ini dekat (dengan mereka).
Semoga ALLAH menilai setiap usaha kita untuk menegakkan agama ALLAH di muka bumi ini.
"jangan ditanya apa sumbangan Islam kepadamu, tetapi tanyalah imanmu apa yang telah engkau sumbangkan untuk Islam"





No comments:

Post a Comment