Thursday 30 July 2009

Kerna ALLAH

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

(Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba ALLAH adanya golongan yang mereka bukan nabi atau syuhada. Namun, para nabi dan syuhada cemburu pada mereka di hari kiamat kelak disebabkan kedudukan mereka di sisi ALLAH. Sahabat bertanya; “wahai Rasulullah. Beritahu kami siapakah mereka? Jawab Rasulullah s.a.w: “mereka itu golongan yang mencintai dengan ruh ALLAH tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, dan mereka tidak dukacita saat manusia dukacita. Lalu Baginda membacakan ayat al-Quran
“ketahuilah sesungguhnya wali-wali ALLAH tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita”

-hadith riwayat Abu Daud-

Wednesday 22 July 2009

Apa Khabar Hari ni?

“pakcik apa khabar hari ni..?makcik pagi ni dah boleh makan ye”
ok..makcik ni dah boleh discharge,yang ni pun.Yg katil ni off CBD, off IV drip.”
Ayat-ayat di atas merupakan antara kata-kata pakar bedah dekat hospital Temerloh ini, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) setiap kali ward round pada waktu pagi.
Masuk minggu ini sudah hampir 3 minggu saya berada di Temerloh untuk surgical posting. Boleh tahan juga posting kat sini. Pesakitnya boleh dikatakan sentiasa ramai dengan sakit yang pelbagai. Hari ini pesakit agak luar biar ramainya di wad lelaki,sehinggakan perlu ditambah beberapa katil dan bilik prosedur pun terpaksa digunakan juga untuk menempatkan pesakit.

Hari ini saya ingin menyambung kerja clerking seorang remaja perempuan yang baru semalam dimasukkan ke wad disebabkan sakit apendik( acute appendicitis) and TRO (to rule out) hyperthyroidism.Apa yang saya lebih prefer ialah bengkak pada lehernya itu.
“assalamualaikum dik”
“waalaikumussalam..”
“macam mana pagi ni? Ada rasa ok sikit ? ”
“Ok sikit..”
“Doktor ada cakap bila nak operate ? ”
“Entahlah..tak tahu.”
Saya pun merujuk kepada note yang dituls pada BHT pesakit semasa ward round bersama pakar-pakar bedah tadi.
Owh.. Operation will proceed. Need to get consent from the mother.”
Saya bermonolog. Memanglah kerana adik tu baru berumur 15 tahun. Perlu kebenaran daripada penjaga dahulu sebelum sebarang pembedahan dijalankan.
Tiba-tiba hati ini ingin bertanya satu soalan yang saya rasa hampir semua pesakit memberikan jawapan “tidak.”
“Adik pagi tadi solat tak? ”
“Tak.”
Aduh..Sedihnya mendengar jawapan itu kerana saya sudah megetahui apa alasannya untuk tidak solat.
“Owh..mungkin sebab takde kain telekung sembahyang kot..”sambil membuka drawer di tepi katil pesakit seolah-olah sedang mencari telekung sembahyang yang telah ku duka dari awal lagi memang tiada kewujudannya.

Kebanyakan dari kita asyik sibuk bertanya “encik apa khabar hari ni..”, sihat tak..”, “pakcik dah makan ke..” tapi berapa ramai yang bertanya “ pakcik/makcik dah solat ke belum..” statement ini bukanlah dituju buat orang lain semata-mata tapi diri sendiri yang utama.Boleh dikatakan hampir 80% atau mungkin lebih dari itu pesakit yang dimasukkan ke hospital tidak bersolat walaupun ketika sihatnya solat dikerjakan kerana alasannya sakit!

Mengapakah hal ini terjadi? Siapakah yang patut dipersalahkan? Menyalahkan pihak hospital kerana tidak menyediakan kemudahan bagi pesakit untuk bersolat? atau keluarga pesakit kerana tidak membantu mereka untuk bersolat?atau menyalahkan pesakit itu sendiri kerana tidak tahu rukhsah solat?tidak tahu hukum menunaikan solat itu wajib walaupun dalam kedaaan sakit? Atau kerajaan itu sendiri yang gagal dalam mengaplikasikan Islam is a way of life?

Kalau kita saling tuding menuding antara satu sama lain, sampai bila pun masalah tidak selesai. Sebab itu lah pentingnya biah solehah (persekitaran yang soleh). Apakah yang dimaksudkan dengan biah solehah? Biah adalah kalimah arab yang bermaksud persekitaran dan suasana manakala solehah bemaksud baik dari sudut syarak yang membawa maksud amar maaruf nahi munkar. Apakah kepentingan mewujudkan suasana sebegitu? Supaya individu muslim yang menghayati ajaran Islam dapat dilahirkan dan seterusnya mengikut maratib amal.

Saya bukanlah yang layak untuk bercakap tentang biah solehah dan hebat untuk mewujudkan biah tersebut seorang diri. Akan tetapi kesedaran dari mereka yang sefikrah dan mereka yang mahu persekitaran penghayatan Islam dalam kehidupan diamalkan amatlah ditagih. Doktor Melayu yang semestinya beragama Islam perlu memainkan peranan dalam merawat “dalaman” pesakit selain fizikalnya. Percayalah,kata-kata keramat dari seorang doktor muslim itu senang diterima dan diikut oleh pesakit kerana mereka tahu doktor yang boleh merawat penyakit mereka.

Realiti sekarang, telah banyak pusat rawatan Islam terbina, akan tetapi kebanyakan atau kesemuanya adalah swasta. Kos rawatannya agak tinggi dan tidak semua mampu ditanggung oleh kebanyakan orang. Salah satu kekurangan di situ. justeru,tidak dapat tidak peranan kerajaan sememangnya perlu untuk mewujudkan hospital yang kalau tidak namanya Islam,sekurang-kurangnya mengamalkan ajaran Islam.

Memang tidak dinafikan ada juga pesakit yang saya temui tetap bersolat walaupun dalam keadaan baring.Hati ini akan gembira untuk seketika. Saya akan memuji pesakit itu di hadapan kawan-kawan saya supaya mereka juga sedar yang ramai pesakit yang mereka temui tidak bersolat!Saya amat sedih kerana lidah ini seolah-olah berat untuk menuturkan ayat “dah solat belum.”atau “kalau tidak dapat bergerak untuk berwudhu, saya boleh tolong ambilkan dan tunjukkan caranya”.ya ALLAH..betapa lemahnya iman ini..

setelah mengambil masa untuk berfikir, saya membuat 1 konklusi bahawa antara punca pesakit itu tidak solat ialah:
• Tidak tahu bahawa orang sakit pun wajib solat kecuali mereka yang tiada harapan sembuh(nazak)
• Kurang pengetahuan agama lebih-lebih lagi tentang rukhsah solat dan fiqh perubatan.
• Kurangnya sokongan rohani dari ahli keluarga untuk mereka bersolat.-

Saturday 4 July 2009

Dosa yang lebih besar dari zina??

Jabir bin Abdullah r.a bercerita; suatu ketika kami sedang berkumpul bersama Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba terciumlah satu aroma yang busuk.Maka Rasulullah s.a.w. berkata:"tahukah kamu bau apakah ini?jawab sahabat: "kami tak tahu ya Rasulullah."

Lalu Rasulullah s.a.w menjelaskan: "inilah bau orang yang selalu membicarakan orang lain."

Kemudian Rasulullah s.a.w pun memperingatkan :"hati-hatilah kamu dari membicarakan orang lain kerana perbuatan itu dosanya lebih berat dari zina"

Para sahabat bertanya:"ya Rasulullah, bagaimanakah membicarakan orang itu dosanya lebih besar dari zina?

Maka Rasulullah s.a.w pun menjelaskan:" kekadang seseorang yang berzina itu bertaubat kepada ALLAH dan ALLAH menerima taubatnya. Sedangkan bagi orang yang suka membicarakan orang lain, ALLAH tidak akan mengampuni dosanya selagi mana dia belum memohon maaf dari orang yang dia bicarakan."

(Petikan buku: cerita-cerita motivasi untuk hidup tenteram dan bahagia)