Thursday 13 August 2009

Kisah Si Juraij dan Bayi Bercakap

Dari Abu Hurairah r.a berkata,Rasulullah s.a.w bersabda: "tidaklah berbicara ketika masih dalam buaian(bayi) kecuali tiga orang,Isa bin Maryam."Baginda bersabda;"dahulu di kalangan Bani Israil terdapat seorang lelaki yang ahli ibadah bernama Juraij.Dia membangunkan tempat ibadahnya dan melakukan ibadah di dalamnya.Orang Bani Israil menyebut-nyebut tentang ketekunan ibadah Juraij sehinggalah berkata seorang pelacur dari kalangan mereka;"jika kalian mahu aku akan memberinya ujian."Mereka berkata;"kami menghendakinya.

Pelacur itu lalu datang mendatangi Juraij dan menawarkan diri kepadanya.Tetapi Juraij tidak mempedulikannya.Lalu pelacur itu berzina dengan dengan seorang gembala yang meneduhkan kambing gembalaannya berdekatan tempat ibadah Juraij.Akhirnya pelacur itu hamil dan melahirkan seorang bayi.

Orang ramai bertanya hasil perbuatan siapa.Lalu pelacur itu menjawab perbuatan Juraij.
Mereka pun mendatangi tempat ibadah Juraij dan memaksanya turun. Mereka mencaci, memukul dan merobohkan tempat ibadah Juraij. Juraij bertanya:apa yang terjadi pada kalian?
Mereka menjawab bahawa Juraij telah berzina dengan pelacur itu sehingga melahirkan seorang bayi.Juraij bertanya di mana pelacur itu.Setelah itu Juraij berdiri dan bersolat kemudian berdoa.

Setelah itu Juraij menghampiri bayi itu lalu mengusapnya lalu berkata:"demi ALLAH,wahai bayi siapakah ayahmu?
bayi tu lalu menjawab: aku anak si pengembala kambing"

Serta-merta orang ramai pun menghampiri kepada Juraij dan menciumnya.Mereka berkata kami akan membangunkan tempat ibadahmu dari emas.Ia menjawab: aku tidak memerlukan yang demikian,tapi bangunlah ia dari tanah sebagaimana asal."

-bayi ketiga yang boleh berbicara selain nabi Isa dan Juraij.

Baginda bersabda: "ketika seorang ibu memangku anaknya yang sedang menyusu, tiba-tiba lalu seorang penunggang kuda yang mengenakan berpangkat, maka si ibu berkata:"ya ALLAH, jadikan anakku seperti dia."Baginda bersabda:"maka bayi itu meninggalkan tetek ibunya dan menghadap kepada penunggang kuda lalu berdoa;ya ALLAH,jangan Kau jadikan aku seperti dia.
Lalu ia kembali ke tetek ibunya dan menyusu kembali.

Si ibu tadi melalui seorang wanita hamba sahaya yang sedang dipukul. Si ibu berkata:ya ALLAH,jangan jadikan anakku seperti dia. Si bayi tadi lalu berkata:ya ALLAH,jadikanlah aku seperti dia.

Si ibu tadi tertanya-tanya kenapa si bayi tadi berdoa sebaliknya.
Si bayi pun berkata: "wahai ibu,sesungguhnya penunggang kuda itu adalah orang yang sombong di antara orang-orang yang sombong. Sedangkan wanita hamba sahaya tadi pula,orang-orang mengatakan dia berzina padahal dia tidak berzina.Dia dituduh mencuri padahal dia tidak mencuri.wanita hamba sahaya itu berkata:"CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI PELINDUNGKU.."


Friday 7 August 2009

S@NT@i # 1

Pada suatu petang,Pak Yusri membawa anaknya,Era berjalan-jalan di sekitar Tasik Titiwangsa. Era berumur 9 tahun.Sudah lama sebenarnya Pak Yusri berhajat ingin membawa anak tunggal kesayangannya itu berjalan-jalan, tapi kebiasaannya memang tidak berkesempatan.al maklumlah, Pak Yusri merupakan penasyid yang terkenal di negara ini. Setiap hari, ada sahaja undangan untuk mengadakan persembahan nasyid. Memang murah rezeki Pak Yusri.

Sedang berjalan-jalan di sekitar tasik,si anak kecil itu terlihat seorang lelaki yang saiznya lebih rendah dari dirinya, lalu dia pun berkata pada ayahnya;"ayah, tengoklah orang tu. pendeknya dia..Era ingat era yang paling pendek, rupanya ada lagi yang lebih pendek dari Era.."

Pak Yusri tersenyum ke arah anaknya yang sememangnya belum mengerti.
"Era, Era bukan pendek,tapi rendah.." Pak Yusri membuka bicara sebelum menyambungnya semula.

"tak baik Era cakap macam tu kat dia..Era nak dengar 1 cerita tak?
nak!! jawab Era dengan pantas. Kanak-kanak memang gemarkan cerita.


begini ceritanya..pada suatu hari, isteri Rasulullah s.a.w yang bernama Sayidatina Aisyah berkata kepada Rasulullah s.a.w perihal seorang lelaki yang dilihatnya, dengan berkata: "pendek/rendahnya orang itu.."
Sayidatina Aisyah tidak berkata sesuatu yang buruk tentang lelaki tersebut,tetapi hanya berkata tentang fizikal nya sahaja.

Rasulullah s.a.w pun menegur kata-kata Sayidatina Aisyah itu dengan berkata:"wahai Aisyah.jika kata-katamu itu tadi dicampakkan ke dalam laut,nescaya sudah pasti semua hidupan di laut akan mati.."
-------------------------------------------------
"ohhh..jadi ayah, apa yang era cakap tadi kalau dicampak kat tasik ni, ikan-ikan ni mati lah ye ayah?
"era rasa macam mana?
"hurm..mati kot..kesiannya..tak pasal-pasal ikan ni kena mati sebab kata-kata era..ayah,macam mana ni?tanya Era tanda penyesalan.

"oh,era kenalah minta maaf dengan orang tu.." Pak Yusri mengakhiri perbualannya sambil menemani anaknya itu untuk meminta maaf dari lelaki tersebut..