Friday 2 March 2012

Semangat anak Syria

Bismillahirrahmanirrahim..

Allah..Allah..Allah..

Video di bawah ini cukup membuat saya rasa terharu dan kagum dengan semangat dan petah si adik kecil yang comel ini.. T_T

Kata-kata yang lahir dari seorang kanak-kanak yang baru berusia 4 tahun!Subhanallah..kata-kata yang cukup berani,ikhlas.

Ya Allah..jika ditakdirkanMu umurku panjang,ingin daku memiliki anak yang berjiwa pejuang seperti kanak-kanak ini.

Semoga Allah merahmatimu,si adik comel.




Setiap kali selepas solat, jangan lupa untuk membaca doa qunut nazilah,sebagai tanda kasih dan sayang kita pada saudara-saudara kita di Syria,tidak juga juga saudara-saudara kita di Palestin..


Monday 2 January 2012

Darah dan suara mahasiswa

Bismillahirrahmanirrahim..


(Entri ditulis pada 1 Januari 2012)

Alhamdulillah..Kita masih diberi peluang  oleh Allah untuk hidup lagi dalam tahun baru 2012.Sebelum menjelangnya detik 12 tengah malam semalam,pelbagai program menarik telah diadakan.Tak lupa juga peristiwa berdarah di hadapan pintu masuk UPSI yang menyaksikan sahabat-sahabat seperjuangan berkumpul bagi menuntut keadilan bagi seorang sahabat,bernama Adam Adli.

Turun bendera.

Adam Adli didapati "bersalah" di sisi undang-undang dan dikatakan bersikap "kurang ajar" kerana menurunkan bendera PM ketika berhimpun di Dataran Merdeka bagi menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember yang lepas.Menurut Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai satu mesej jelas mahasiswa bahawa PM perlu serius mendengar suara mahasiswa,suara rakyat.

Rentetan insiden itu, muncullah "panglima-panglima perang" yang saya kira bersikap kurang ajar dan bersikap seperti anak-anak kecil,mahu meludah, mengugut dan mengancam keselamatan Adam dan keluarga melalui kiriman SMS,youtube,blog.Tindakan mereka itu baru boleh dianggap menyalahi undang-undang.Ironinya,Adam Adli pula yang akan dibicarakan atas "kesalahan"..menurunkan bendera?


Demo berdarah mahasiswa buka tirai 2012.

Merasakan bahawa  keadilan perlu ditegakkan, hampir 100 mahasiswa mengambil keputusan berhimpun di hadapan UPSI dan menuntut supaya pihak UPSI menggugurkan kes Adam.
Namun,perhimpunan tersebut bertukar tragedi berdarah apabila pihak polis bertindak memukul beberapa mahasiswa,mengakibatkan seorangnya cedera teruk!

Demo siswa berdarah membuka tirai tahun 2012Demo berdarah membuka tirai tahun 2012

Allahuakbar!

Saya sedih apabila sahabat seperjuangan diperlakukan sebegitu.Namun, saya bangga melihat mahasiswa berani bangkit menyuarakan pendapat.

Tragedi Trisakti.

Mengenangkan sahabat yang cedera dipukul semalam mengingatkan saya pada nasib beberapa orang aktivis mahasiswa Universitas Trisakti yang meninggal dunia selepas dikasari dan ditembak oleh pihak berkuasa ketika mereka mengadakan demonstrasi aman menuntut Presiden Soeharto letak jawatan.Kematian mereka menyaksikan kebangkitan anak muda dan rakyat indonesia mula menentang kerajaan yang zalim itu hingga mengakibatkan Soeharto berundur.


Rentetan tragedi itu di Indonesia sekarang,apabila mahasiswa ingin mengadakan demonstrasi,pihak polis akan memberikan kerjasama dengan menyediakan laluan yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut.Bukannya menyekat dan menyembur gas pemedih mata seperti kerajaan Malaysia sekarang buat.


Sebab itu mahasiswa Indonesia kelihatan matang dalam berfikir dan bertindak.Mereka punya hak dan peluang untuk menyuarakan pendapat.Namun,untuk mengecapinya seperti sekarang mereka perlu bayar dengan "nyawa".

Adakah Malaysia juga perlu mengulangi tragedi Trisakti dulu barulah mahasiswa mampu bebas bersuara?

Fikir-fikirkan..

"Lalu, tahun baru pun panas bertunas; lalu, demo siswa pun ganas ditindas." 
-Sasterawan Negara A.Samad Said-

Sunday 25 December 2011

hidup terlalu singkat untuk beralasan

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..akhirnya saya diberi "kerajinan" untuk meng"update" blog yang sekian lama dibiar dengan entri-entri lama,dengan berlatarbelakang warna hitam sebelum ini..(hitam merupakan salah satu warna pilihan saya,tetapi nampaknya tidak semua pilihan yang kita suka itu dapat diaplikasikan untuk semua keadaan,termasuklah warna untuk background blog.huhu)


sibuk...
tak sempat..
malasnya nak update..
takde idea..


Berikut merupakan alasan yang boleh saya berikan untuk tidak terus menulis (walaupun saya bukanlah pandai sangat pun dalam menulis)


Tapi..sampai bila saya perlu memberi alasan untuk sesuatu perkara yang tidak dapat dilaksanakan?


Alasan.


Teringat saya kepada kata-kata seorang naqib:


"cuba dalam hidup kita nih untuk tidak memberi alasan."


Antara alasan-alasan yang sering saya dengar:


1) alasan tidak hadir usrah.


"esok ada exam..tak habis study lagi nih..tak pegi kot usrah petang ni.."


-bukankah tiap-tiap hari  perlu study?Usrah bukan tiap-tiap hari kan?


 2) alasan lewat datang kelas/pejabat.


"jalan jam teruk tadi.."


-rancanglah perjalanan dengan efisen..kecuali ia tiba-tiba terjadi,sebelum ni tak pernah-pernah pun jam.Sekiranya ia terjadi, maklumkan kelewatan anda pada teman sekuliah/sepejabat supaya mereka tidak bersangka yang bukan-bukan.


Kalau diikutkan banyak contoh yang sahabat pembaca pun boleh fikirkan.Cukuplah sekadar 2 contoh di atas.


***************


Sebenarnya mulut kita terlalu mudah untuk mencipta alasan..Sebab itu lah di akhirat kelak,mulut tidak dibenarkan memberi penyaksian.


KEGAGALAN bermula dengan ALASAN,
KEJAYAAN bermula dengan TINDAKAN!


Kata-kata di atas saya pinjam dari seorang motivator.Ringkas sahaja mesejnya.


Sekian sahaja dulu untuk kali ini.Sesungguhnya tulisan di atas tak lain tak bukan adalah peringatan buat diri sendiri terutamanya.


"..........li ma taquuluuna ma la taf'aluun.."


Allahu'alam.


~hidup ini terlalu singkat untuk beralasan~

Sunday 18 September 2011

P.s.y..

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhmadulillah..esok bakal memulakan posting baru,Obstetric and Gynecology (O & G).Posting yang ada "ong".


Exam psychiatry baru je habis khamis lepas,tapi apa yang berlaku sepanjang posting itu, tak akan dapat dilupakan,lebih-lebih lagi hari-hari nak dekat exam.




Petang 12 Sept(Isnin) : saya dapat email yang saya kena exam long case esok!(13Sept),padahal I was listed on Wednesday.(dalam hati:hah?exam esok??)Terkejut tapi perlu redha..kerjaya sebagai seorang doktor kelak pun kena selalu bersiap sedia.Mungkin ini pelajaran untuk saya supaya perlu bersiap sedia,sepanjang masa.


*exam long case :"temu bual" dengan pesakit untuk mendapatkan sebab dimasukkan ke wad psychiatry,sejarah yang lain, supaya diagnosis dapat dibuat berdasarkan temubual tersebut)


Pagi 13 Sept (Selasa): Hari exam,long case."kes apa ye nak dapat kejap lagi?kes kat wad je kot.."  Cuba meneka kes yang bakal kami dapat pada pagi itu.Berdebar.(sebab examiner kali ini examiner dari luar,bukan dari HKL).


Lama menunggu,tibalah nama saya dipanggil untuk sesi "temubual" selama sejam dengan pesakit yang telah dipilih oleh doktor untuk saya.


Pesakit : "alamak..kena interview lagi ke..tadi dah interview dah.."


Saya     :"oh,tadi dah ada kawan saya interview ke.."


(rupa-rupanya saya orang kedua yang menemubual pesakit perempuan itu.-Pesakit memang ramai,tapi tak ramai yang agak stabil dan sesuai untuk ditemubual)


Nasib baik persediaan awal dah dibuat.


Saya  : "kak,nak gula-gula tak?saya ada gula-gula.."
(terpaksalah guna "umpan" supaya dia tak bosan)


Pesakit :"hah,boleh jugak.."


Semasa sesi temubual selepas beberapa minit..


Pesakit : "dah waktu makan ni..saya nak makan dulu lah."


Kebetulan ketika itu memang waktu makan tengahari.


Saya     :"eh,kejap2.saya tengah exam nih..banyak lagi saya nak tanya nih.."


Terpaksalah keluarkan "umpan" lain pula.


Saya :"saya ada coklat.akak ambiklah semua."(dalam hati mengharapkan dia ambil waffer coklat jenama Nestle supaya dia tak bosan.)


Pesakit : "kita bahagi dua..awak ambik separuh.." (sambil cuba untuk patahkan coklat itu kepada dua bahagian)


Saya cuba menolak kerana saya tengah exam..Mana ada masa nak makan..Tetapi dia cuba mendesak tapi akhirnya dapat pujuk supaya dia sahaja yang makan coklat itu.(sabar je lah).


Melalui tingkah laku dia itu, saya boleh buat kesimpulan awal bahawa pesakit saya ini agak talkative and distracted,easily bored (mungkin sebab dah kena dua kali interview.)


Masalah saya dengan pesakit ini,melalui "sejarah hidupnya",saya tak boleh nak buat diagnosis mengenai penyakitnya..Banyak benda dia denied. It's really troublesome.


Nak diagnose schizoaffective,tak cukup criteria.Nak diagnose schizophrenia,jauh sekali.


Lama saya berfikir depan examiner apabila ditanya:what are your differential diagnoses?


Akhirnya,saya diagnosed her as Bipolar disoder,itu pun based on mental state examination.


Alhamdulillah,examiner tak strict.Beliau bagi klu sikit-sikit,akhirnya diagnosis saya "bipolar disorder with mixed episode."


Secara umumnya,Bipolar disorder ialah penyakit yang mana pesakit mempunyai mood yang
berubah-ubah.Mood pesakit berubah dari manic kepada depression.Atau secara mudahnya dari mood teramat happy, bersemangat yang tak normal, teruja, kepada mood amat sedih, tidak bersemangat langsung dan kadangkala terasa mcm nak bunuh diri.Bipolar juga boleh diagnosed kalau pesakit hanya ada manic symptoms sahaja,tanpa ada depressive symptoms.


p/s :Alhamdulillah untuk long case,tapi exam theory belum pasti lagi keadaannya.
Apa yang berlaku semua dalam perancanganNya.Kita hanya mampu berusaha dan berDOA..

Saturday 6 August 2011

Cerita tentang mata

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah..Jumaat yg mubarakah dalam bulan yang barakah,selesai sudah 2 hari berhadapan dengan exam bagi subjek "mata"(Opthalmology),setelah hampir 2 minggu berada dalam posting ini.Syukr 'ala nikmah!
Seorang doktor pakar mata (opthalmologist) yang mengajar group saya pernah berkata;"once you know about it(eye),you will fall in love." Mungkin sebab dah "fall in love" dengan mata,saya ingin berkongsi dengan sahabat pembaca tentang apa yang kami lalui dalam  posting ini.

Ketika dalam posting ini,banyak masa kami akan bersama doktor pakar di klinik mereka.Tugas kami ialah memeriksa mata pesakit kemudian "present" pada doktor tentang apa yang kami nampak dalam mata pesakit.

(Ini alat yang kami gunakan.Perlu sentiasa berada dalam poket white coat.Boleh tahan juga harganya.=/)
Apa yang kami nampak dalam mata pesakit?

Ini yang kami cari!Beberapa kali percubaan baru dapat.Bagi yang belajar mungkin tahu mata ini normal atau tak.
(gambar hiasan)

Subhanallah!Lawa sungguh ciptaan Allah..Sepasang mata yang memberi banyak makna tersembunyi.


Dari sudut perubatan, mata merupakan "jendela" bagi penyakit. Dengan melihat ke dalam mata pesakit, doktor dapat mengetahui jenis penyakit walaupun pesakit tidak pernah mengetahuinya sebelum ini.

Orang kata lidah boleh menipu,tapi tidak mata.Melalui pandangan mata seseorang, kadang-kadang kita boleh mengetahui samada dia sedang berbohong atau tidak. Jika kita sedang bercakap dengan seseorang,kemudian matanya menghala ke arah kiri,maksudnya dia sedang mengingati perkara yang dia terlupa.Tetapi jika matanya menghala ke sebelah kanan, ia bermaksud dia sedang "mereka" atau membina ayat, dan kemungkinan besar juga dia sedang berbohong dengan kita.

Pesakit yang datang ke hospital dengan pelbagai masalah mata seperti squint (juling), cataract, glaucoma, mata yang semakin kabur (bagi penghidap kencing manis) dan lain-lain.
Bersyukurlah bagi yang masih memiliki mata yang sihat dari penyakit.(^_^)


Namun,mata yang sihat dari sudut perubatannya mungkin "berpenyakit" dengan dosa-dosa..


Tidak terlepas juga saya..


Mata yang sihat ialah mata yang digunakan untuk melihat kebesaran ciptaan Allah,


mata yang dijaga supaya tidak memandang manusia berlainan jantina dengan bernafsu,
dan mata yang sentiasa basah di hadapan Khaliq kerana mengenangkan dosa-dosa..


"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu Kami menjadikan dia mendengar dan melihat. " (Al-Insaan:2)


P/s:

Tiba-tiba teringat kata-kata tok ayah: Allah tarik doh sikit-sikit nikmat (melihat) hok Dia bagi ko tok ayah..


~semoga nikmat yang Allah bagi digunakan pada jalan yang diredhaiNya~

Tuesday 2 August 2011

ahlan ya ramadhan..



Ahlan ya Ramadhan!
Kedatanganmu telah lama dinantikan.
Bulan di mana awalnya rahmah,
pertengahannya maghfirah,
dan pengakhirannya bebas dari api neraka.


Pabila tibanya ramadhan..
terbuka semua pintu syurga,
ditutup pula pintu neraka,
dirantai dan dibelenggu syaitan durjana,
memberi peluang buat umat manusia,
menambah nilai ibadah,
menghapus dosa yang melimpah ruah.


Di bulan inilah..
masjid,surau diimarahkan,
kalam suci Allah kedengaran memenuhi ruang,
sungguh menenangkan!


Alhamdulillah..
walau pun mungkin untuk sepurnama cuma,
setidak-tidaknya manusia sedar akan kelebihanmu..
lebih-lebih lagi menanti dan memburu,
malam istimewamu,
malam al-qadar!


ya ALLAH..
ku harapkan ramadhan kali ini penuh makna,
agar dapat ku lalui dengan sempurna.

Friday 6 May 2011

golongan yang ALLAH benci

Bismillahirrahmanirrahim..


Hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan.Alhamdulillah..media massa masih menghormati "penghulu segala hari" ini dengan menyiarkan program-program keagamaan bagi mengisi dada manusia yang dahagakan ilmu agama,buat panduan hidup di dunia dan bekalan di akhirat kelak.


Baiklah.Kali ini saya ingin berkongsi pengisian yang saya dapat dari program "al-Hidayah" di TV3.

Disebut dalam satu hadith riwayat Muslim dan Nasai, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


Di akhirat kelak,ALLAH tidak akan bercakap,bahkan benci kepada 3 golongan ini. Mereka ialah:




1) orang tua yang melakukan zina


2) pemimpin yang berdusta dan menipu


3) orang miskin yang sombong dan takkabur




Ya ALLAH..kalau ALLAH tuhan yang menciptakan kita tak nak bercakap,bahkan tak nak tengok pun kita kat akhirat nanti, apa perasaan??


Kalau kita tengok ciri-ciri manusia yang disebut dalam hadith di atas,memang wajarlah mereka mendapat hukuman sedemikian.


Bapa rogol anak,datuk rogol cucu; kita baca berita seperti ini pun kita rasa benci,meluat dengan mereka disebabkan perbuatan terkutuk yang dilakukan itu.Tak patut.Kejam.Kita sebagai manusia pun punya rasa benci dan tak suka terhadap golongan haruan makan anak itu.Memang patutlah balasan ALLAH terhadap mereka seperti dalam hadith di atas.


Pemimpin yang berdusta dan menipu.Hurm..sepertinya sinonim dengan polemik politik yang berlaku sekarang.Sebagaimana yang kita tahu,menipu,berbohong merupakan salah satu ciri-ciri munafiq, tambah teruk lagi jika inidividu itu merupakan seorang pemimpin sesebuah kerajaan atau negara.Pemimpin merupakan individu kepercayaan yang dilantik bagi melaksanakan sesuatu amanah. Bayangkan orang yang kita percaya menipu kita,apa perasaan kita??Samalah juga dengan pemimpin yang telah memusnahkan kepercayaan ramai orang.


Orang miskin yang sombong dan takabbur.Subhanallah..keadaan ini lebih teruk dari orang kaya yang sombong.Orang kaya akan bersikap sombong dengan memiliki harta yang banyak,pangkat tinggi..Mungkin agak klise di situ perkataan kaya dengan sombong.Tetapi kalau miskin tapi sombong,orang akan mengata lebih teruk lagi."hurm,dah lah miskin,papa kedana tapi sombong!"Hurm,sounds familiar,right?


Semoga kita sentiasa beringat-ingat dan dijauhkan dari tergolong di dalam golongan seperti itu.Wal 'iyazu billah..