Saturday 6 August 2011

Cerita tentang mata

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah..Jumaat yg mubarakah dalam bulan yang barakah,selesai sudah 2 hari berhadapan dengan exam bagi subjek "mata"(Opthalmology),setelah hampir 2 minggu berada dalam posting ini.Syukr 'ala nikmah!
Seorang doktor pakar mata (opthalmologist) yang mengajar group saya pernah berkata;"once you know about it(eye),you will fall in love." Mungkin sebab dah "fall in love" dengan mata,saya ingin berkongsi dengan sahabat pembaca tentang apa yang kami lalui dalam  posting ini.

Ketika dalam posting ini,banyak masa kami akan bersama doktor pakar di klinik mereka.Tugas kami ialah memeriksa mata pesakit kemudian "present" pada doktor tentang apa yang kami nampak dalam mata pesakit.

(Ini alat yang kami gunakan.Perlu sentiasa berada dalam poket white coat.Boleh tahan juga harganya.=/)
Apa yang kami nampak dalam mata pesakit?

Ini yang kami cari!Beberapa kali percubaan baru dapat.Bagi yang belajar mungkin tahu mata ini normal atau tak.
(gambar hiasan)

Subhanallah!Lawa sungguh ciptaan Allah..Sepasang mata yang memberi banyak makna tersembunyi.


Dari sudut perubatan, mata merupakan "jendela" bagi penyakit. Dengan melihat ke dalam mata pesakit, doktor dapat mengetahui jenis penyakit walaupun pesakit tidak pernah mengetahuinya sebelum ini.

Orang kata lidah boleh menipu,tapi tidak mata.Melalui pandangan mata seseorang, kadang-kadang kita boleh mengetahui samada dia sedang berbohong atau tidak. Jika kita sedang bercakap dengan seseorang,kemudian matanya menghala ke arah kiri,maksudnya dia sedang mengingati perkara yang dia terlupa.Tetapi jika matanya menghala ke sebelah kanan, ia bermaksud dia sedang "mereka" atau membina ayat, dan kemungkinan besar juga dia sedang berbohong dengan kita.

Pesakit yang datang ke hospital dengan pelbagai masalah mata seperti squint (juling), cataract, glaucoma, mata yang semakin kabur (bagi penghidap kencing manis) dan lain-lain.
Bersyukurlah bagi yang masih memiliki mata yang sihat dari penyakit.(^_^)


Namun,mata yang sihat dari sudut perubatannya mungkin "berpenyakit" dengan dosa-dosa..


Tidak terlepas juga saya..


Mata yang sihat ialah mata yang digunakan untuk melihat kebesaran ciptaan Allah,


mata yang dijaga supaya tidak memandang manusia berlainan jantina dengan bernafsu,
dan mata yang sentiasa basah di hadapan Khaliq kerana mengenangkan dosa-dosa..


"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu Kami menjadikan dia mendengar dan melihat. " (Al-Insaan:2)


P/s:

Tiba-tiba teringat kata-kata tok ayah: Allah tarik doh sikit-sikit nikmat (melihat) hok Dia bagi ko tok ayah..


~semoga nikmat yang Allah bagi digunakan pada jalan yang diredhaiNya~

No comments:

Post a Comment