Sunday 27 September 2009

Kisah di Sebalik Selawat

Semasa cuti raya minggu lepas,Tok ayah ada bercerita tentang kisah di sebalik selawat nabi.( اللهم صل على محمد) Tok ayah memang suka bercerita dan memberi nasihat kepada anak-anak dan cucu-cucunya ketika kami berkumpul bersama.

Dikisahkan pada masa dahulu,ada seorang lelaki berkulit hitam yang baru memeluk Islam.Lelaki ini amat gemar dan senantiasa berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.Lelaki itu orang Habsyi.Kata Tok ayah,biasanya orang Habsyi ni memang berkulit hitam.Walaupun lelaki itu sudah memeluk Islam,namun lelaki itu masih melakukan kesilapan atau dosa,tetapi dosa yang dilakukan tidak melibatkan arak dan judi yang pernah dilakukan sebelum memeluk Islam.Sama macam kita juga lah,walaupun Islam, kita juga masih melakukan dosa,samada secara sengaja atau tidak,sedar ataupun tidak.

Pada suatu hari,dikhabarkan bahawa lelaki itu meninggal dunia di padang pasir. Berita kematian lelaki itu sampai ke pengetahuan anaknya. Anaknya itu segera ke padang pasir,ke tempat ayahnya itu.Dilihat wajah ayahnya hitam legam.Tetapi suatu kejadian aneh berlaku.Tiba-tiba wajah lelaki Habsyi itu bertukar,menjadi putih bercahaya!Subhanallah..dan mungkin dosa-dosanya yang pernah dilakukan sebelum ini juga turut diampunkan ALLAH.

Itulah balasan ALLAH pada hambaNYA yang rajin berselawat. Ayuh!sama-sama kita isi masa lapang kita dengan berselawat dan berzikir,supaya tiada ruang untuk perkara lagho "menyinggah".

اللهم صل على محمد



No comments:

Post a Comment