Wednesday 30 September 2009

Islamnya Umar

Umar r.a., selepas dia memeluk agama Islam, menjadi kebanggaan orang–orang Islam dan musuh ketat kafir–kafir musyrikin.Tetapi sebelum itu, dia sering menentang Nabi dan mengganggu orang-orang yang menganuti Islam .Dalam suatu mesyuarat orang-orang Quraish, pada suatu hari, mereka telah memutuskan hendak meminta salah seorang daripada mereka supaya membunuh Rasulullah s.a.w.Umar telah tampil ke hadapan sebagai sukarelawan yang mengusahakan pembunuhan itu.Tiap-tiap Quraish yang menghadiri mesyuarat itu berkata serentak:
“Ya,engkaulah yang dapat melakukannya, Umar!” Dengan pedang yang bergantung di lehernya,Umar pun mengarahkan langkah menuju ke tempat kediaman Nabi. Dalam perjalanannya, dia telah menemui Sa’ad bin Abi-Waqqas:

Sa’ad: “Ke mana kau,Umar ?”
Umar: “Aku hendak pergi menamatkan riwayat hidup Muhammad.”
Sa’ad: “Kalau begitu Bani Hashim,Bani Zuhrah dan Bani Abdi Manaf akan membunuh kamu sebagai tindakan balas.”

Umar (gelisah dengan amaran ini) berkata: “Eh,nampaknya kau juga telah meninggalkan agama nenek-moyang kau.Biarlah aku kerjakan kau dahulu.”

Umar dengan serta-merta menghunuskan pedangnya. Sambil mengisytiharkan pengislamannya, Sa’ad juga berbuat demikian.Sebelum bertarungan dengan Umar, sempat juga Sa’ad berkata :
“Lebih baik engkau menguruskan rumah tangga kau dahulu .Saudara perempuan kau dan ipar kau,kedua-duanya telah memeluk Islam.”

Kemarahan Umar tatkala mendengar berita ini tidak dapat diceritakan lagi.Meninggalkan Sa’ad,dia mengatur langkahnya ke arah rumah saudara perempuannya. Setibanya di rumah itu, dia dapati rumah itu telah dikunci dari dalam. Sambil mengetuk-ngetuk pintu,dia menjerit sekuat tenaga kepada saudaranya supaya pintu itu dibuka. Mendengar suara Umar, Khabbab telah lari bersembunyi meninggalkan masyhaf-masyhaf Quran yang sedang mereka baca. Apabila pintu dibuka, Umar dengan cepatnya menempelak saudaranya sambil berkata:
“Hai pengkhianat dirimu sendiri, engkau juga telah meninggalkan agamamu.”

Tanpa menghiraukan kepala saudaranya yang berdarah, dia masuk ke dalam dan bertanya: “Apakah beliau sedang buat tadi dan siapa dia orang yang suaranya aku dengar dari luar ?”Iparnya menjawab : “Kami hanya berbual-bual sahaja .” Umar bertanya kepada iparnya: “Adakah kau juga telah meninggalkan agama nenek-moyang kamu dan telah memeluk agama baru?” Dia menjawab : “Bagaimana pula kalau agama baru ini lebih baik daripada agama kita yang lama itu?”Jawapan ini menyebabkan Umar memukulnya dengan kejam dan menarik-narik janggutnya.Saudaranya yang datang hendak meleraikan mereka juga dipukul sehingga mukanya berlumuran dengan darah.
Sambil menangis saudara perempuannya berkata:
“Umar! Kami dipukul hanya kerana kami memeluk agama Islam .Kami berazam hendak mati sebagai orang-orang Islam.Kau bebas melakukan apa saja yang kau suka atas diri kami.”

Apabila hatinya sejuk sedikit dia berasa malu atas perbuatannya terhadap saudara perempuannya itu. Tiba-tiba ia terpandang akan masyhaf-masyhaf yang ditinggalkan oleh Khabbab tadi .Katanya, “Baiklah, tunjukkan masyhaf-masyhaf ini.” “Tidak,” kata saudaranya. “Badan kau tidak bersih dan orang yang tidak bersih seharusnya tidak memegang masyhaf-masyhaf ini.”Umar akhirnya membersihkan badannya dan mula membaca masyhaf-masyhaf tadi.Surah yang dibacanya ialah surah Taha.(saya pernah dengar seorang ustazah pernah cakap kalau nak lembutkan hati, baca surah Taha. Mungkin rentetan dari kisah ini)
Dia membaca dari permulaan surah itu .Seluruh sikap dan pandangannya berubah apabila dia sampai ke ayat yang berikut:
“Akulah Allah.Tidak ada Tuhan melainkan Aku.Oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang buat mengingati Aku.”
Kata Umar : “Baiklah,bawa aku bertemu dengan Muhammad.”
Mendengar kata-kata Umar ini Khabbab pun keluarlah dan tempat persembunyiannya sambil berkata:
“Ya Umar! Ada berita baik buat kamu .Semalam (iaitu malam Jumaat ) Nabi telah berdoa kepada Allah : ‘Ya Allah, kuatkanlah Islam dengar Umar atau Abu Jahal,sesiapa yang Engkau suka.”Nampaknya Allah telah memilih permintaan Nabi.
Umar telah menemui Nabi dan pada pagi Jumaat dia telah memeluk agama Islam .Pengislaman Umar merupakan suatu pukulan hebat kepada puak musyrikin.
Sungguhpun begitu bilangan orang-orang Islam terlalu kecil kalau dibandingkan dengan bilangan pihak musuh. Kafir-kafir musyrikin telah memperhebatkan usaha-usaha mereka untuk menghapuskan orang-orang Islam serta agama mereka. Dengan Islamnya Umar, kaum Muslimin telah bertambah berani dan sekarang mereka mendirikan sembahyang di Baitul Haram.Kata Abdullah bin Mas'ud:
“Pengislaman Umar merupakan suatu kejayaan besar kepada kaum Muslimin, perpindahannya menguatkan kami dan perlantikan sebagai Khalifah merupakan suatu keberkatan kepada kami.

Umar r.a kerap memegang sehelai jerami sambil berkata : “ alangkah baiknya kalau aku dapat menjadi jerami seperti ini. Kadang-kadang dia berkata:
“alangkah baiknya kalau aku tidak dilahirkan oleh ibuku!” pada suatu ketika, Umar sedang sibuk dengan suatu urusan yang penting. Tiba-tiba datang seorang hamba Allah dengan suatu pengaduan yang berkehendakkan pembetulan.Oleh Umar dicemetinya orang itu di bahagian bahunya. Dia berkata: “Bila aku duduk hendak menerima pengaduan, engkau tidak datang tetapi bila aku sibuk dengan urusan penting, engkau datang mengganggu aku.”
Tanpa berkata apa-apa, orang itu pun meninggalkan Umar. Sejurus kemudian, dia dibawa ke hadapan Umar sekali lagi.Sambil menunjukkan cemeti tadi kepadanya Umar berkata: “Pukullah aku sebagai membalas perbuatanku tadi.”
“Kata orang itu : “Saya mengampunimu kerana Allah”.
Kekesalan umar tidak dapat dibayangkan. Dengan cepat dia kembali ke rumahnya lalu mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat.Dia mengkritik dirinya seperti berikut:

“Wahai Umar, dahulu kedudukanmu rendah tetapi kini telah ditinggikan oleh Allah.Dahulu, kamu sesat tetapi kini telah dipimpin oleh Allah dan Dia telah memberikan kamu kuasa ke atas hamba-hambaNya.Apabila salah seorang daripada mereka datang untuk mendapat keadilan, dia dipukul dan disakiti. Apakah alasan yang hendak kamu berikan di hadapan Allah??
-ALLAHU'ALAM-
(kisah ini saya copy paste,cuma ada betulkan ayat sedikit sahaja)

No comments:

Post a Comment