Tuesday 19 October 2010

Hari pertama di wad psikiatri

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..dengan izin dan rahmatNya,saya masih diberi peluang dan kudrat untuk menulis di blog ini walaupun sudah beberapa kali mencuba untuk berbuat demikian.Malu untuk mengatakan "sibuk"sebagai alasan, sedangkan ada lagi yang lebih sibuk dari saya pun masih sempat untuk update blog mereka, masih sempat untuk membuat kerja-kerja Islam yang lain selain tanggungjawab sebagai seorang pelajar.Muhasabah buat diri yang kerdil ini.

Bercerita tentang pengalaman berpraktikal,alhamdulillah selepas posting kanak-kanak yang beberapa minggu berlalu,posting yang seterusnya dan yang saya sedang jalani sekarang ialah psychiatry posting (psikiatri atau kesihatan mental)

Minggu ini saya dihantar untuk berpraktikal di Temerloh dahulu.Wad psikiatri di sini hanya satu wad sahaja dan keadaan wadnya sama seperti wad lain, iaitu open space, tidak berpagar atau dengan kata lain tidak seperti bilik kurungan atau "penjara".Bezanya ialah keluar masuk wad psikiatri ini menggunakan kad akses, bagi mengelakkan pesakit melarikan diri..Medical assistant (MA) juga pun perlu sentiasa berada di dalam wad tersebut bagi memantau keadaan di dalamnya. Kalau ada pesakit yang bertindak di luar kawalan,MA lah yang banyak bertindak selain mendapatkan bantuan dari pengawal keselamatan.

Kes di wad..

Hari pertama di dalam wad selalunya akan mengundang "blur"; tidak tahu cara hendak approach pesakit yang psikotik.Sebelum melangkah lebih jauh,eloklah saya cerita sedikit sebanyak kes yag terdapat di wad ini.

Kes yang paling banyak terdapat di wad ini ialah schizophrenia. Schizophrenia ialah penyakit mental psikotik (psychotic mental disorder) yang menyebabkan gangguan pada pemikiran, mood dan kelakuan atau perangai pesakit tersebut.Istilah ini diciptakan oleh Eugen Bleuler (1857 – 1939) pada tahun 1908.

Pesakit akan menghadapi gangguan delusi dan halusinasi dan biasanya penyakit ini terjadi pada mereka yang berumur di antara 18-38 tahun. Delusi banyak jenisnya,begitu juga dengan halusinasi.

Contoh delusi : Percaya bahawa diri adalah nabi.(Contoh terdekat:ayah pin..)

Contoh lain: percaya bahawa ada orang cuba untuk mencederakan dia.

Contoh halusinasi : Dengar suara dari luar(bukan dari hati) yang menyuruhnya bunuh diri.Suara itu tidak dapat dikawal dan ia berterusan dalam keadaaan pesakit itu sedar.

Etiologi atau sebabnya tidak dapat dikenal pasti, tetapi ada yang berpendapat ia disebabkan oleh ketidakseimbangan dopamine yang terdapat di dalam otak kita. Ada beberapa teori lagi yang disebut menjadi penyebab penyakit ini.

Rawatan untuk penyakit ini ialah dengan ubat antipsychotic yang perlu dimakan secara berdisplin.Selain itu,sokongan keluarga amatlah penting bagi mengurangkan risiko ia terjadi kembali(recurrent) atau menjadi semakin teruk.

Antara kes lain yang terdapat di wad ini ialah major depression (kemurungan) dan juga Bipolar disorder(BD).Bipolar disorder??Lain kali insyaALLAH saya kongsi apa itu BD.

Sebelum berlalunya hari pertama saya di wad ini, saya disapa oleh salah seorang pesakit perempuan.

"Dr,kalau saya ada nak cerita,boleh ke saya cerita kat Dr?"

"boleh.."sambil membalas senyuman yang diberikan.

Alhamdulillah..ALLAH permudahkan urusan.Akhirnya saya yang di approach,bukan saya yang meng approach. Kami berborak untuk beberapa minit sebelum saya ditegur oleh salah seorang bekas pesakit yang ada temu janji doktor pada petang itu.

11 comments:

  1. assalamu'alaikum.bleh x tolong update jenis2 penyakit yg jumpa kat wad psikiatri dan ragam patient di sana.sbb sy btul2 curious ngan mental health kat msia.lagi satu,betul ke ada kes cam 'org gila' sentiasa.ala macam tgk dalam cite lama,gile sbb rugi saham pastu gila bilang2 duit.yg camtu kena kategori mana?psychosis?jzkk

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam warahmatullah.insyaALLAH sy akan try update jenis2 penyakit yg sy jumpa kat wad psikiatri.sebenarnya kita pun pernah ada masalah psikiatri,tp symptom/trait je lah,xcukup criteria utk diagnose as disorder.
    contohnya,depress(murung),panic,phobia.biasanya depress among student ni fail exam lah kan.antara symptom depress:xde selera makan, low mood,tidur terganggu.
    Kalau pasal ragam patient,macam-macam.boleh buat 1 entry khusus kot pasal tu.
    berkenaan soalan tentang orang yg jadi xbetul(gila)selepas main saham:
    kehilangan sesuatu seperti itu pastinya membuatkan seseorang jadi stress,depress,ditambah pula dengan kewujudan faktor2 lain(ada sejarah keluarga yg ada sakit mental,problem-solving strategy xde,xde family support sbg cnth)yg akhirnya boleh buat orang itu jadi "gila"(psychotic).

    Bagi mereka yg tiada sejarah ahli keluarga yg ada masalah mental,chances utk dapat penyakit mental adalah 1%.
    jadi,marilah kita sama-sama menjaga kesihatan mental kita.
    setiap masalah itu ada penyelesaiannya insyaALLAH..(kecuali mati)

    p/s: kalau ada penambahan info,amatlah dialu-alukan.jzkk

    ReplyDelete
  3. finally i got the answer,yesterday

    tentang org muda yg psychotic,cant self managed, disinhibited, mcm org gila tu

    maybe ddx nya young-onset dementia,ni according to neuropsychiatry point of view.

    lagi satu,ada kah wujud undang2 di malaysia untuk menghantar pesakit mental ke hospital secara invlountary.dah cari kat google,tapi xjumpa

    jzkk

    ReplyDelete
  4. ada..according to Mental Health Regulation,kalau voluntary,guna borang 1,valid sampai 3 bulan.voluntary admission jadi involuntary detention kalau didapati pt tu belum sesuai utk di discharge kn oleh psychiatrist,borang 2 akan digunakan.involuntary tu,kalau family member yg request for admission-guna borang 3,and if pt was brought by police or welfare,guna borang 5.
    Ada 12 borang semuanya.

    If u want to know more about mental health legislation in Malaysia,try google KKM website, bawah tajuk akta dan polisi.kalau tak jumpa mengenai borang2,sy ada sedikit info pasal tu,tp dlm powerpoint,softcopy.

    Allahu'alam.

    ReplyDelete
  5. ooo...thanx for info.taoi xjumpa pun dalam website kmm.kalu ada boleh cerita kepada lecturer kat sini sbb diorang ada tanya pasal mental health act malaysia.just nak compare la.
    jzkk

    ReplyDelete
  6. eh,dah jumpa.lebih kurang je dengan aussie

    http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%2013/Act%20615.pdf

    thanks

    ReplyDelete
  7. Ckp mudah tapi x mudah, berat mata memandang berat lagi bahu memikul..
    Jika anda doc psy, hrp pikul tggjwb sebaiknya cz sy dh fed up dgn doc psy..kerana ibu saya adalah pesakit psy dh 45th.. sedihnya asyik tukaq doc je bila jmpa pakar bila temujanji..kita asyik ulang cte tapi doc2 yg ada menaip simpan dlm sistem bukan main..tapi bila p temujanji next month, tanya soalan lagiii..pastu doc leh prcaya ckp org psy mcm ibu sy drpda sy..Org gila mana ada ngaku dia gila..sy x percaya dgn rawatan hospital dh cz doc punya sikap n polisi..
    keje mcm memnuhi peluang je..plez be good doc pesanan ikhlas saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya salah seorang pesakit yang dapat rawatan di psikiatri.untuk makluman tuan/puan,memeang setiap kali kali temujanji doktor akan tanya pesakit soalan yang sama.sebab doktor nak tahu perkembangan pesakit.doktor lebih percayakan pesakit dari anda?maksudnya, bila mak anda bercerita kelihatan doktor lebih percaya apa yang mak anda katakan?itu doktor psikiatri,dia dilatih untuk lebih berminat dengan cerita2 pesakit walaupun dia sendiri tahu cerita itu benar atau tidak.itu membezakan doktor psikiatri dengan doktor lain.

      Delete
  8. Assalamu'alaikum. Saya nak tanya awak ambil bidang psikiatri ke. Apa syarat syarat nak jadi seorang psikiatri ye. Saya berminat dalam bidang ni. Perlu ke ada ambil aliran sains tulen. Macam mana cara kerja seorang psikiatri. Masa study dekat universiti macam mana ye? Kalau boleh email saya dekat email ni. Deacrylic105@gmail.com

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum,boleh saya tahu tak macam mana nak jadi doktor psikiatri ye?saya lepasan matrikulasi,jika saya sambung belajar ke universiti, saya perlu belajar secara umum dulu ke iaitu belajar bidang perubatan atau sudah ada bidang yang spesifik tentang psikologi di universiti?

    ReplyDelete