Bismillahirrahmanirrahim..
(Entri ditulis pada 1 Januari 2012)
Alhamdulillah..Kita masih diberi peluang oleh Allah untuk hidup lagi dalam tahun baru 2012.Sebelum menjelangnya detik 12 tengah malam semalam,pelbagai program menarik telah diadakan.Tak lupa juga peristiwa berdarah di hadapan pintu masuk UPSI yang menyaksikan sahabat-sahabat seperjuangan berkumpul bagi menuntut keadilan bagi seorang sahabat,bernama Adam Adli.
Turun bendera.
Adam Adli didapati "bersalah" di sisi undang-undang dan dikatakan bersikap "kurang ajar" kerana menurunkan bendera PM ketika berhimpun di Dataran Merdeka bagi menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember yang lepas.Menurut Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai satu mesej jelas mahasiswa bahawa PM perlu serius mendengar suara mahasiswa,suara rakyat.
Rentetan insiden itu, muncullah "panglima-panglima perang" yang saya kira bersikap kurang ajar dan bersikap seperti anak-anak kecil,mahu meludah, mengugut dan mengancam keselamatan Adam dan keluarga melalui kiriman SMS,youtube,blog.Tindakan mereka itu baru boleh dianggap menyalahi undang-undang.Ironinya,Adam Adli pula yang akan dibicarakan atas "kesalahan"..menurunkan bendera?
Demo berdarah mahasiswa buka tirai 2012.
Merasakan bahawa keadilan perlu ditegakkan, hampir 100 mahasiswa mengambil keputusan berhimpun di hadapan UPSI dan menuntut supaya pihak UPSI menggugurkan kes Adam.
Namun,perhimpunan tersebut bertukar tragedi berdarah apabila pihak polis bertindak memukul beberapa mahasiswa,mengakibatkan seorangnya cedera teruk!
Allahuakbar!
Saya sedih apabila sahabat seperjuangan diperlakukan sebegitu.Namun, saya bangga melihat mahasiswa berani bangkit menyuarakan pendapat.
Tragedi Trisakti.
Mengenangkan sahabat yang cedera dipukul semalam mengingatkan saya pada nasib beberapa orang aktivis mahasiswa Universitas Trisakti yang meninggal dunia selepas dikasari dan ditembak oleh pihak berkuasa ketika mereka mengadakan demonstrasi aman menuntut Presiden Soeharto letak jawatan.Kematian mereka menyaksikan kebangkitan anak muda dan rakyat indonesia mula menentang kerajaan yang zalim itu hingga mengakibatkan Soeharto berundur.
Rentetan tragedi itu di Indonesia sekarang,apabila mahasiswa ingin mengadakan demonstrasi,pihak polis akan memberikan kerjasama dengan menyediakan laluan yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut.Bukannya menyekat dan menyembur gas pemedih mata seperti kerajaan Malaysia sekarang buat.
Sebab itu mahasiswa Indonesia kelihatan matang dalam berfikir dan bertindak.Mereka punya hak dan peluang untuk menyuarakan pendapat.Namun,untuk mengecapinya seperti sekarang mereka perlu bayar dengan "nyawa".
Adakah Malaysia juga perlu mengulangi tragedi Trisakti dulu barulah mahasiswa mampu bebas bersuara?
Fikir-fikirkan..
"Lalu, tahun baru pun panas bertunas; lalu, demo siswa pun ganas ditindas."
-Sasterawan Negara A.Samad Said-